Dasar Privasi
Ujian Psikometrik 2027: PSEE ialah app latihan yang dibangunkan secara persendirian. App ini bukan app rasmi dan tiada kaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Jabatan Perkhidmatan Awam atau mana-mana agensi kerajaan.
Ringkasan
Anda boleh menggunakan app ini tanpa mendaftar akaun. Kami tidak meminta nama, emel, nombor telefon atau nombor kad pengenalan anda. Jawapan latihan, laporan dan tetapan anda disimpan dalam telefon anda sendiri dan tidak dihantar ke server kami.
Maklumat yang disimpan dalam telefon anda
App ini menyimpan jawapan bagi set yang belum selesai supaya anda boleh menyambungnya semula. App ini juga menyimpan laporan dan sejarah latihan, jawatan yang anda mohon, anggaran tarikh ujian yang anda pilih, pilihan tema, masa peringatan latihan, rekod hari berlatih dan status pembelian. Semua maklumat ini kekal dalam peranti anda.
Statistik penggunaan untuk iklan app kami
Kami mengiklankan app ini di Facebook, Instagram dan TikTok. Untuk mengetahui iklan yang membawa pengguna baharu, app ini menggunakan SDK Meta (Facebook App Events) dan, pada telefon Android, SDK TikTok. Kedua-dua SDK ini menerima peristiwa asas seperti app dipasang, app dibuka, langkah pengenalan selesai dan pembelian berjaya, termasuk nilai pembelian. SDK ini turut menerima maklumat asas tentang peranti seperti model telefon dan versi sistem.
App ini tidak mengumpul ID iklan peranti anda dan tidak meminta izin penjejakan pada iPhone. Jawapan latihan, laporan dan jawatan yang anda pilih tidak dihantar kepada Meta atau TikTok.
Pembelian
Akses Penuh dijual melalui Google Play atau App Store. Bayaran diuruskan sepenuhnya oleh Google Play atau App Store, dan app ini hanya menerima pengesahan bahawa pembelian anda berjaya. Kami tidak dapat melihat butiran kad atau akaun bank anda.
Peringatan latihan
Peringatan latihan dijadualkan dalam telefon anda sendiri tanpa melalui server kami. Anda boleh mematikannya pada bila-bila masa di bahagian Tetapan dalam app atau dalam tetapan notifikasi telefon.
Perkara yang kami tidak lakukan
- Kami tidak memaparkan iklan pihak lain di dalam app.
- Kami tidak menjual maklumat anda kepada sesiapa.
- Kami tidak menyimpan atau membaca jawapan latihan anda.
Kanak-kanak
App ini dibina untuk orang dewasa yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam. App ini tidak ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, dan kami tidak mengumpul maklumat peribadi mereka dengan sengaja.
Cara memadam data
Semua data yang disimpan dalam peranti akan terpadam apabila anda membuang app ini daripada telefon. Untuk sebarang pertanyaan tentang privasi, hubungi kami melalui emel psee@boostmarketing.my.
Perubahan dasar
Sekiranya dasar ini berubah, kami akan mengemas kini halaman ini bersama tarikh di bahagian atas.