Ujian Psikometrik 2027: PSEE

Terma Penggunaan

Dikemas kini pada 15 November 2026

Ujian Psikometrik 2027: PSEE ialah app latihan yang dibangunkan secara persendirian. App ini bukan app rasmi dan tiada kaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Jabatan Perkhidmatan Awam atau mana-mana agensi kerajaan.

Persetujuan anda

Dengan memasang atau menggunakan app ini, anda bersetuju dengan terma di halaman ini. Sekiranya anda tidak bersetuju, sila berhenti menggunakan app ini.

Tujuan app

App ini menyediakan soalan latihan untuk membantu calon membiasakan diri dengan format ujian psikometrik PSEE. Semua soalan ditulis sendiri oleh kami sebagai soalan latihan dan bukan soalan sebenar PSEE.

Menurut SPA, penilaian psikometrik tiada jawapan betul atau salah. Jawapan paling sesuai, tujuh sifat dan Tahap kesediaan dalam app ini disediakan oleh kami sendiri untuk tujuan latihan. App ini tidak menjamin keputusan ujian, panggilan temu duga atau tawaran jawatan.

Bilangan soalan dan tempoh menjawab dalam app ini berdasarkan perkongsian calon yang pernah menduduki PSEE. SPA tidak mengumumkan angka tersebut, jadi format ujian sebenar boleh berubah. Untuk maklumat rasmi dan terkini, sila rujuk laman rasmi SPA.

Akses Penuh dan bayaran

Sebahagian kandungan app ini percuma. Kandungan selebihnya dibuka dengan Akses Penuh, yang ditawarkan dalam dua bentuk.

Harga dipaparkan di dalam app sebelum anda membuat bayaran. Semua bayaran diuruskan oleh Google Play atau App Store, dan permohonan bayaran balik tertakluk kepada dasar Google Play atau App Store.

Sekiranya anda menukar telefon, log masuk ke akaun Google Play atau App Store yang sama, kemudian tekan Pulihkan pembelian di dalam app untuk mendapatkan semula Akses Penuh anda.

Penggunaan yang dibenarkan

App ini disediakan untuk kegunaan peribadi anda sahaja. Soalan, penjelasan, grafik dan watak Tuan Kancil dalam app ini ialah hak milik kami. Anda tidak dibenarkan menyalin, menjual atau mengedarkan kandungan tersebut tanpa kebenaran bertulis daripada kami.

Had tanggungjawab

Kami berusaha memastikan kandungan app ini tepat dan berguna untuk latihan. Namun app ini disediakan seadanya, dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang keputusan permohonan jawatan, keputusan ujian atau kerugian yang timbul daripada penggunaan app ini.

Perubahan terma

Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Tarikh di bahagian atas halaman ini menunjukkan bila terma ini kali terakhir dikemas kini.

Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

Hubungi kami

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami melalui emel psee@boostmarketing.my.

Laman utama ยท Dasar privasi